VISI
MENJADIKAN SEKOLAH BERBUDAYA CEMERLANG DAN PENGERAK PEMBAHARUAN
MISI
1. Memastikan pelajar menguasai pembelajaran 4M iaitu mengeja, membaca, menulis jawi dan mengaji Al – Quran .
2. Mengurus dan menyediakan barisan para pendidik yang mencukupi, berkelayakan, berkemahiran, berwibawa serta berkeupayaan tinggi dalam menghadapi apa jua cabaran dan hambatan.
3. Menyediakan kemudahan tempat belajar, peralatan dan persekitaran yang sempurna, selamat, ceria dan selesa .
4. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang terancang dan berterusan bagi mengekalkan perkembangan sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani ( SEFIR ).
5. Mengeratkan hubungan profesional antara pengurusan sekolah dan Badan Kebajikan .
6. Siapa berusaha dia berjaya (مَنْ جَدَّ وَجَدَّ) sebagai moto amalan warga sekolah .
7. Mengamalkan nilai Islam dalam kehidupan seharian.
PIAGAM PELANGGAN
1. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami .
2. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan iaitu murid, guru, masyarakat dan negara .
3. Menetapkan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa .
4. Memastikan semua murid dapat belajar pada hari pertama sessi persekolahan baru dimulakan .
5. Menentukan skala surat menyurat, aduan dan rayuan kepada sekolah diberi jawapan dalam tempoh seminggu dari tarikh diterima .
6. Sentiasa sanggup memberi pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik .