KEHADIRAN

FALSAFAH


FALSAFAH SEKOLAH 

1.  Mendidik generasi menjadi manusia yang beriman kepada Allah sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai satu  tanggungjawab “makhluk” kepada “khaliq”. 

2.  Mendidik generasi pelajar berilmu yang sentiasakan cintakan ilmu  Fardhu Ain dan ilmu Fardhu  Kifayah yang menjadi tuntutan ummah. Dengan ilmu-ilmu itu,manusia sentiasa mempunyai inisiatif dan iltizam seterusnya berupaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan keluarga. 

3.  Mendidik generasi menjadi manusia yang bertaqwa kepada Allah sesuai  dengan fitrah manusia itu sebagai satu tanggungjawab “makhluk” kepada “khaliq”. 

4.  Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang berbakti  dengan ilmu yang didapati untuk memakmurkan bumi  ini sesuai dengan tuntutan agama yang mengkehendaki hambanya menjadi khalifah di muka bumi ini. Ilmu akan bermakna dan bernilai sekiranya diamalkan untuk faedah manusia sejagat.




MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM


Melahirkan generasi muslim, mukmin, yang terpelajar, terdidik, intelektual dan bertakwa yang mempunyai kesedaran diri sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi Allah melalui proses pendidikan rohani, emosi, intelek, jasmani dan amali yang bersepadu dan seimbang sehingga tercapai hasanah di dunia dan di akhirat.
 


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR

Pendidikan Islam adalah wadah yang canggih dan proses yang berterusan secara dinamik bagi pembentukan insan yang kamil dan syamil secara sepadu dan seimbang berteraskan prinsip akidah, syariah dan akhlak bersumberkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' & Qias melalui proses ta'lim, tarbiyyah dan takdib yang terancang untuk mengembangkan potensi jiwa, intelek, emosi dan jasmani sehingga tercerna jiwa kehambaan yang terpadu berbagai upaya dan daya yang menjadi asas pelaksanaan tanggungjawab kekhalifahan untuk mencapai hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan pengetahuan islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan panduan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara kea rah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.






SEKIAN , TERIMA KASIH